Kelulut Hutan Asli - kugpis.my
Double Tap To Zoom
Kelulut Hutan Asli
MYR 35.00
Quantity
Estimated Delivery Time
7-14 days

Payment direct to account Koperasi Usahawan Groombig Perlis Berhad (R40170) Affin Islamik no 105790003335 should be done through normal online bank transfer.

 

 Madu adalah sesuatu yang tidak asing lagi samada di Malaysia atau di pasaran antarabangsa. Madu berasal daripada lebah yang mendapatkan nektar dari sari bunga. Terdapat 2 jenis lebah di dunia ini. 

Jenis lebah yang pertama adalah lebah yang sudah terkenal iaitu jenis bersengat atau stinging bees. Jenis kedua adalah yang tidak bersengat atau dikenali sebagai lebah KELULUT. 

Saya banyak terima soalan seperti Apa itu kelulut? Apa khasiat madu kelulut? Apa khasiat madu lebah? Apa khasiat madu kelulut untuk lelaki? Apa khasiat madu kelulut untuk perempuan? Apa khasiat madu tualang? Apakah perbezaan madu ini? Apakah khasiat madu untuk muka? Mana nak beli madu kelulut? Mana nak beli madu asli? Di sini saya cuba sedikit untuk memberi pencerahan. 

Kelulut ini merupakan serangga daripada keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. 

Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang atau di batang kayu yang hollow. 

Kelulut ini menghasilkan 3 jenis produk yang tinggi dengan khasiat dan antioksidanya iaitu Madu, Propolis dan Roti Lebah (juga dikenali sebagai bee bread). 

Madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan lebih cair berbanding dengan madu lebah biasa yang sudah pasti lebih pekat dan manis. 

Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. 

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. 

Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. 

Madu kelulut mampu merawat ulser (sariawan) dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser. 

 

 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share